Rabu, 10 November 2010

Saya Mengaku Kalah!!!

Salam...Alahai maid oh maid...Susahnya untuk handle maid!! Lebih susah jika dibandingkan dengan budak kecik!. Terutama bagi maid dari Indonesia. Walaupun ini kali pertama saya ada maid namun saya dah mengaku kalah. Lebih rela hantar anak ke Nursery. Harap anak-anak dapat menyesuaikan diri. Memikirkan lambakan warga Indonesia di sini(2 juta org!!), tidak hairanlah maid Indonesia sekarang teramat demanding. Networking diaorang cukup bagus.Yela, merata-rata ada je terjumpa rakyat diaorang.Saya tidak dapat merasakan security anak2 saya bila bersama mereka. Anak2 digendong ke sana ke mari, demi untuk menyertai meeting saban hari. Saya cuba selami hati dan menjadi kawan terbaik buat mereka, namun masih gagal membuang rasa sangsi di hati..MUSRI'AH OH MUSRIA'AH...Pulanglah kamu ke Indonesia..Anak-anakku, ummi akan cuba berikan yang terbaik untuk kamu semua..

Cinta Istimewa...











Salam Sayang.... Tersentuh hati dengan gambar2 yang di 'forward' oleh seorang sahabat. Cinta itu adalah subjektif untuk dinilaikan. Harta, paras rupa, wang ringgit bukanlah ukuran semata-mata untuk memperoleh cinta sejati.Cinta pada Allah swt adalah yang paling abadi. Moga kita tak jemu mengejar cinta Allah yang sememangnya pasti..Aminnnn

Isnin, 8 November 2010

SUAI KENAL BLOGGER .. ANDA BERMINAT ?


Bismillahhirrahmanirrahim... Salam pagi selasa semua.Baru hari ini ada kesempatan untuk menulis entri istimewa ni. Semalam dan minggu lepas dihimpit dengan kerja-kerja yang membataskan waktu saya untuk ber 'blogging'. Saya masih baru dalam bidang ni..Kalau diumpamakan dgn bunga, ianya seperti kuntuman yang masih belum mekar lagi..menguncup aje..hehe..Anyway, really appreciate effort yang dilakukan oleh En.Ben yang tak penah jemu memberi sokongan dan dorongan. Thanks En. Ben dan Cik Mat Gebu..Dua2 sifu saya. Saya mula2 belajar berblog melalu blog En. Mat Gebu. Sememangnya saya suka memasak dan selalu mencuba resepi2 kreatif En.Mat..Then saya berkenalan dengan En.Ben..sifu blogging yang cukup saya kagumi.Kedua2 insan inilah yang memberi semangat untuk saya terus aktif berblog(walaupun sebenarnya kekangan masa amat hebat utk diri ini..huhu). Buat teman-teman seperjuangan, terima kasih kerana sudi singgah ke blog yang serba kekurangan ni. Segala komen dan kritikan saya terima dengan hati terbuka..Terima kasih..Love u all...

Ahad, 7 November 2010

Eksekutif or Kulikutif?



"Ya Allah...permudahkanlah urusan kami. Kami mencari rezeki kerana Allah.. Kami ikhlas dalam pekerjaan kami Ya Allah", doaku setiap hari sebelum memulakan kerja. Namun semakin hari saya merasa makin tertekan. Saya hanya dua tangan, dua kaki dan satu otak untuk melaksanakan kerja-kerja yang diamanahkan. Fitrah manusia sentiasa ada penyakit 'lupa'.Namun andai dipersalahkan atas tugas2 yang remeh temeh, hati ini bagai tak sanggup untuk menerimanya. Sungguh mencabar bekerja dalam organisasi yang tak de proper procedure.Apa yg dapat disimpulkan do sini :Multitask- amat mencabar dan memenatkan.Privacy- Mmg akan selalu terganggu..Income-byk org tak percaya gaji saya byk tu je..hahahah..Namun hakikatnya, rezeki saya masih di sini. Bersabar dan berdoa agar hati ini tabah, diri ini sihat dan minda ini sentiasa cergas dalam menjalani ibadah ini. Adakah saya masih di sini untuk tahun yang 7?...Entahlah..Tapi pepatah ada menyatakan "Worst Bosses always get the best worker". Bunyinya memang tidak adil namun itulah hakikat yang terpaksa saya telan sekarang. Moga Allah memberkati kami hendakNya..Aminnnn