Ahad, 11 Julai 2010
Ambong @ Apam Kukus
Salam...Malam sabtu lepas teringin nak try satu resepi yg sgt2 simple ni..Terus je ke dapur memulakan project. Yang paling best Hubby tolong isikan adunan dalam cupcake..sweet sungguh. Siap pakai kopiah takut gugur rambut dalam adunan..he he..Thanks by..Thanks being such a supportive husband to me, really appreciate it. Saya uploadkan gambar kat sini.
Selasa, 6 Julai 2010
Happy Cooking.. :)
Hari ni first time buat Roti Jala.. Roti Jala ni mmg favourite saya dari zaman kecik..he he..Kali ni roti jalaku x menjadi sangat..apa pun member2 ofis dapatla merasa. Hubby pon sempat la breakfast pagi tadi..i'll improve my skill..hopefully..Anas pun suka roti Jala..mmg puas hati la kalau masak sendiri..renyah sket bab nak kirai roti tapi nak makan punye pasal..he he.. Resepi ini di ambil dari blog kesayanganku..Blog Cik Mat Gebu. Thanks cik mat kerana sudi berkongsi ilmu. Minta izin Cik mat nak copy and paste resepi kat sini..Thankiu.. Sila kunjungi blog Mat Gebu sbb byk resepi2 yg best sesangat :)http://tiffinbiru.blogspot.com
GULAI DAGING(saya buat Gulai Ayam)
BAHAN-BAHANNYA :-)
600 g daging lembu, potong nipis, cuci dan toskan
3 biji kentang, kupas dan potong 4 setiap biji
2 biji tomato, belah 2 setiap biji
1 keping asam gelugor
2 camca besar rempah kari daging
1 camca besar cili kisar (nak pedas boleh tambah)
1 liter santan cair
250 ml pati santan
1 1/2 camca besar kerisik
1/2 camca besar gula Melaka
Garam secukup rasa
Air secukupnya
BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
BAHAN TUMIS :-)
4 biji bawang merah, dihiris
2 ulas bawang putih, dihiris
1 tangaki daun kari
1 batang kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan tumis dan cili kisar, tumis hingga harum, masukkan bahan kisar dan juga rempah kari, gaul rata dan masak hingga terbit minyak. Gunakan api sederhana.
- Masukkan daging dan gaul rata. Masak hingga daging kecut, tuang santan cair dan air secukupnya untuk melembutkan daging. Masak hingga daging lembut, masukkan kentang, bila kentang 1/2 empuk, tambah kerisik, asam gelugor dan gula melaka.
- Bila mendidih, masukkan santan pekat dan tambah garam, secukup rasa. Akhir sekali masukkan tomato. Rasa dan jika ok, boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, roti prata atau roti jala...
ROTI JALA
Bahan-Bahannya:-
2 cawan tepung gandum*
1/2 camca teh serbuk penaik*(*disatukan dan ayak)
4 camca besar santan atau susu cair
1/3 camca teh garam
2 1/2 cawan air
2 camca besar minyak masak
Sedikit pewarna kuning
Minyak untuk menggris kuali
Cara membuatnya:-
- Satukan semua bahan2 diatas dan kacau dengan wisk hingga sebati. Tapis adunan dan ketepikan. Biar adunan rehat 20 minit. Atau boleh juga dimasukkan ke dalam alat pengisar dan kisar hingga sebati. Jika adunan kelihatan pekat, tambah sedikit lagi air.
- Dalam kuali leper (frying pan), lenser sedikit minyak pada kuali dan biar panas. Ceduk adunan tadi ke dalam alat membuat roti jala dan kirai secara pusingan ke dalam kuali dan pastikan jaluran terbentuk bersambung antara satu sama lain.
- Bila roti jala kelihatan pucat. Lipat dua menggunakan sudip dan alihkan ke pinggan, lipat ikut kreativiti masing. Ulang proses yang sama untuk selanjutnya dan buat hingga habis. Hidangkan bersama kuah kari atau dalca.
Langgan:
Catatan (Atom)