Isnin, 8 Julai 2013

SHAKLEE dan SELULIT

Assalamualaikum. .selamat datang Ramadhan. Bulan barakah yang amat kita nantikan setiap tahun.Sekadar berkongsi pengalaman yang saya alami sendiri.Hujung minggu lepas saya berkesempatan mengunjungi Spa setelah hampir 2 bulan asyik postpond appointment. Masa membataskan masa saya untuk mengikuti sesi mengurut sedangkan dah terbeli pakej untuk 8 kali. Sepanjang 2 bulan juga saya mula amalkan lechitin + alfalfa. Dulu masa pertama kali urut punyalah sakit takleh cite..menggelupur bila akak indon tu tenyeh bamboo kat badan. Tapi kali ni siap tertido lagi..hehehe..akak tu siap tanya..u jaga makan ke? Kita pun iyekan ajelah. Padahal punyela seronok makan tak ingat dunia. Akak tu ckp selulit dh kurang banyak berbanding first time dulu. Terpana sekejap tp kali ni benar2 rileks aje..x sakit2 cam dulu. Sebenarnya sebelum tu frust juga bila timbang tak turun lagi mcm mggu sebelumnya.Rupanya ia bertindak dari dalam. Semakin seronok dan bersemangat untuk terus amalkan Shaklee. Kalau tak yakin dan alami sendiri macamana nak share dengan org lain kan..love shaklee very much.Pm me for free consultation and order..0196501438 (diana)

GLA - Hanya Yang Terbaik Untuk Mereka Yang TERBAIK

Rabu, 3 Julai 2013

Shaklee and Me..

Assalamualaikum.. Bermula dari dunia masakan seterusnya ke dunia blog akhirnya kini saya mula berbiz di ruangan ini. Tidak terfikir untuk mula aktif dalam bisness namun tarikan begitu kuat.Menjadi pengguna Shaklee selama hampir dua tahun memberi impak positif dalam diri. Bermula dari Jun 2013 saya mendaftar sebagai "Shaklee Independat Distributor" atau SID..No ID SID saya adalah 971711..hehe Tujuan asal adalah untuk kegunaan sendiri namun segalanya berubah setelah saya mengenali Shaklee dengan lebih dekat. Saya ingin berkongsi segala menafaat dari Shaklee dengan semua rakan di luar sana. Betapa besarnya nilai sebuah kehidupan yang sihat di mana ia tidak langsung boleh di tukar ganti dengan wang ringgit atau harta yang berjuta. Saya ingin membantu semua sahabat di luar sana dengan ilmu saya yang masih cetek ini. Sama-sama kita ikhlaskan hati dalam perkongsian ilmu ini kerana ia bukan sahaja memberi faedah kepada orang lain malah merubah kehidupan kita ke arah yang lebih positif dan sihat InsyaAllah..

Isnin, 17 Jun 2013

Satu Permulaan..: Kembali terjalin..KEK TRIO MARBEL MAT GEBU

Satu Permulaan..: Kembali terjalin..KEK TRIO MARBEL MAT GEBU

Kembali terjalin..KEK TRIO MARBEL MAT GEBU

ASSALAMUALAIKUM... dah bertahun saya tak menjenguk di blog yang serba kekurangan ni. Namun sesuatu telah menggamitku kembali..MAT GEBU..Anak-anak minta saya buat kek pelangi. Lantas saya buka kembali ressepi hikmat yang menjadi pemnagkin saya dalam dunia masakan dan blog..resepi Mat Gebu. Anak-anak siap tunggu depn oven bila bau kek semerbak mengharum di dalam rumah. Keluar je dari oven terus potong untuk anak-anak. Syukur tengok diaorang puas makan. Terima kasih si pemunya resepi..Moga Allah menganugerahkan pahala kepadamu yang tidak penah jemu berkongsi ilmu.. syukur jugajuadah tersebut dapat sama2 dinikmati oleh geng jutawan pada 16 jun lepas..love u all..
6

Rabu, 10 November 2010

Saya Mengaku Kalah!!!

Salam...Alahai maid oh maid...Susahnya untuk handle maid!! Lebih susah jika dibandingkan dengan budak kecik!. Terutama bagi maid dari Indonesia. Walaupun ini kali pertama saya ada maid namun saya dah mengaku kalah. Lebih rela hantar anak ke Nursery. Harap anak-anak dapat menyesuaikan diri. Memikirkan lambakan warga Indonesia di sini(2 juta org!!), tidak hairanlah maid Indonesia sekarang teramat demanding. Networking diaorang cukup bagus.Yela, merata-rata ada je terjumpa rakyat diaorang.Saya tidak dapat merasakan security anak2 saya bila bersama mereka. Anak2 digendong ke sana ke mari, demi untuk menyertai meeting saban hari. Saya cuba selami hati dan menjadi kawan terbaik buat mereka, namun masih gagal membuang rasa sangsi di hati..MUSRI'AH OH MUSRIA'AH...Pulanglah kamu ke Indonesia..Anak-anakku, ummi akan cuba berikan yang terbaik untuk kamu semua..

Cinta Istimewa...











Salam Sayang.... Tersentuh hati dengan gambar2 yang di 'forward' oleh seorang sahabat. Cinta itu adalah subjektif untuk dinilaikan. Harta, paras rupa, wang ringgit bukanlah ukuran semata-mata untuk memperoleh cinta sejati.Cinta pada Allah swt adalah yang paling abadi. Moga kita tak jemu mengejar cinta Allah yang sememangnya pasti..Aminnnn