Selasa, 26 Oktober 2010

Tsunami di HAti....


Assalamualaikum.. Salam hari Rabu. Hati rasa pilu..jauh hati..cuba buangka perasaan itu dari malam tapi ia tetap menghantui saya. Ya Allah..Kau jauhkanlah aku dari bersifat negatif. Terfikir sendiri, memang benar kata-kata itu lebih tajam daripada pedang. Luka yang menghiris hati lebih parah berbanding luka di tangan. Yang pasti ia memang mengambil masa untuk sembuh sepenuhnya. Saya muhasabah diri, mencari di mana yang silap. Cuba tidak menyalahkan insan lain atas apa yang berlaku. Diri sendiri tidak sempurna manakan layak untuk menyalahkan insan lain.Satu persatu peristiwa lalu bermain difikiran..sayakah yang lancang berkata-kata?sayakah yang tidak pandai menghargai..sayakah yang tidak merdeka?
Bagai Tsunami membadai hati saya di saat ini..seperti Tsunami yang berlaku di Sumatera Barat juga. Namun saya gagahi juga demi tanggungjawab.Moga diperhujung hari nanti ada sinar yang bisa membawa pergi kegundahan hati ini kerana memang pasti sayang itu tetap utuh, tidak berkurang walau seinci..InsyaAllah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan